TIADA siapa yang berkahwin dengan niat untuk bercerai, apatah lagi selepas bertahun-tahun membina kehidupan bersama insan tersayang.Namun, siapalah kita untuk menidakkan takdir sekiranya perkahwinan itu tidak mampu bertahan sehingga ke akhir usia. Menurut seorang wanita, dia pernah melalui fasa sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu selepas berpisah dengan bekas suaminya. Perpisahan bukanlah pengakhiran kehidupan. -Gambar hiasan AI"Saya ingat lagi betapa susahnya nak move on selepas bercerai. Lagi-lagi apabila kami dah hidup bersama bertahun-tahun lamanya. "Mula-mula memang sukar. Kadang rasa okey, esoknya menangis balik. Ada hari rasa kuat, ada hari kita lemah," luanya.Namun menurut wanita itu, rasa kosong yang menghantui dirinya beransur hilang, malah hidupnya semakin tenang selepas dia menyerahkan segalanya kepada Allah.Wanita kongsi pengalamannya melalui kehidupan baharu selepas bercerai.Dia akui fasa itu cukup sukar, malah sering menangis mengenangkan nasibnya.Kehidupannya berubah menjadi lebih tenang selepas dia belajar untuk reda.Ramai kaum Hawa turut kongsi kisah perceraian mereka di aplikasi Threads.Ringkasan ini dijana oleh AI"Alhamdulillah, benda jadi lebih mudah apabila saya belajar reda dan letak keyakinan sepenuhnya pada Allah. Sekarang apabila fikir balik, saya sendiri tak sangka mampu lalui semua itu."Aturan Allah itu sentiasa yang terbaik walaupun pada awalnya susah nak terima. Kenangan tetap ada tapi biarlah jadi pengajaran untuk kita terus melangkah," kongsinya lagi.Luahan wanita itu meraih perhatian ramai sehingga dia dihujani komen kaum Hawa yang turut melalui episod sama dalam kehidupan mereka.ARTIKEL BERKAITAN: “Lepas sembur air paip terus pakai boxer” - Wanita minta cerai, jijik suami cuci najis tak guna sabun!ARTIKEL BERKAITAN: Isteri cari khidmat peguam syariah lepas semak ‘history’ ChatGPT suami... Terduduk rupanya wujud aktiviti persundalan!"Saya sedang dalam proses bercerai. Saya tidak merintih atau meratib di status WhatsApp. Saya serah sepenuhnya pada Allah."Saya pula bercerai selepas tiga bulan kematian emak. Saya rasa tak susah sebab kematian emak lebih sakit berbanding cerai."Masa belum bercerai, macam-macam saya fikir. Tapi apabila dah lalui, okey je sebenarnya," tulis beberapa wanita lagi.