SOKONGAN ibu bapa terhadap minat anak-anak, walaupun dalam perkara kecil, mampu memberi semangat kepada mereka untuk terus mencuba sehingga akhirnya berjaya.Malah pesanan ringkas seperti 'jangan malu ketika baru belajar' boleh menjadi kata-kata yang sentiasa diingati dan memberi kekuatan kepada anak-anak. Itulah pengalaman yang dikongsikan seorang individu apabila bapanya memberikan sokongan kepada adik bongsunya yang berusia 12 tahun selepas menyuarakan hasrat untuk belajar bermain dram.Pesanan bapanya itu membuatkan dia tersenyum, namun jauh di sudut hati, dia turut berasa terkilan kerana pernah mengharapkan sokongan sama ketika mula menunjukkan minat untuk bermain gitar.Setiap anak pasti inginkan layanan yang sama daripada ibu bapanya. -Gambar hiasan AINamun, bapanya ketika itu sangat membantah minat tersebut sehingga gitar miliknya hanya disimpan di bawah katil."Gitar tu tak boleh bagi kau makan. Akhirnya aku simpan bawah katil sampai berkarat," luahnya di Threads.Disebabkan pengalaman pahit itu membuatkan dia menyangka bapanya akan naik angin apabila adik bongsunya yang berusia 12 tahun memberitahu mahu belajar bermain dram. Namun sangkaannya meleset apabila bapanya hanya diam ketika mendengar hasrat tersebut.Bapa membantah minatnya bermain gitar hingga alat muzik itu tersimpan di bawah katil sampai berkarat.Dia menyangka bapanya akan naik angin apabila adik bongsunya yang berusia 12 tahun mahu belajar dram.Keesokan paginya, bapanya sudah sediakan pad latihan dram terpakai yang dibeli pada harga RM60.Dia tumpang gembira melihat adik disokong, namun terkilan kerana dulu mengharapkan sokongan yang sama.Netizen berpandangan cara ibu bapa mendidik anak boleh berubah seiring usia dan pengalaman.Ringkasan ini dijana oleh AILebih mengejutkan, dia mendapati pad latihan dram sudah tersedia di atas meja ruang tamu pada keesokan harinya."Aku bersedia nak tengok ayah naik angin tapi dia diam je, pagi tu bangun nampak ada pad latihan dram atas meja ruang tamu."Dia beli yang terpakai dengan harga RM60, siap pesan kat adik aku... jangan malu kalau bunyi teruk, semua orang mula macam tu," tambahnya mengimbau kata-kata bapanya.Meskipun gembira melihat minat adiknya mendapat sokongan, dia tidak menafikan jauh di sudut hati turut menginginkan pengalaman sama ketika mula berjinak-jinak dengan muzik.ARTIKEL BERKAITAN: Menekan-nekan minta nak pergi ‘ride’... Dah dapat lesen, lelaki tergamak tinggal RM20 je duit makan anak biniARTIKEL BERKAITAN: Dituduh lalai gara-gara minat K-pop dan konsert, gadis ungkit hobi teman lelaki kaki RXZ - “Patutlah bujang sampai umur 40!”"Aku senyum tapi jujur dalam hati terasa juga. Gembira untuk adik tapi aku pun nak rasa macam tu dulu," luahnya sayu.Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meninggalkan komen sokongan kepadanya."Inilah yang dikatakan setiap anak membesar dan dididik dengan versi mak ayah yang berbeza."Rasanya ayah awak sedar sebab itulah dia tak mahu ulang kesalahan sama pada adik awak tapi dia tetap ada ego sebagai ayah."Pemikiran ibu bapa kita berubah apabila mereka semakin dewasa," demikian reaksi netizen.