Permintaan untuk melakukan sebarang pindahan wang dalam jumlah yang besar seharusnya memerlukan proses pengesahan yang ketat termasuk dalam urusan membabitkan kewangan syarikat. -Gambar hiasan AI
SEORANG isteri meluahkan rasa bimbang dengan tindakan majikan suaminya yang kerap memindahkan wang ke akaun peribadi lelaki tersebut.Cerita wanita berkenaan, dia mula berasa cemas apabila terbaca mesej perbualan suami dan majikannya tentang transaksi mencecah RM200,000. Apa lebih membimbangkan majikan akan mengarahkan suaminya mengeluarkan wang tersebut dalam bentuk tunai sebelum diserahkan semula kepadanya.Bagaimanapun jelas wanita tersebut, suaminya tidak pernah mengambil sebarang komisen kerana majikan menggunakan akaun peribadi sebagai 'transit'. Pekerja seharusnya melindungi diri daripada sebarang transaksi meragukan termasuk dalam hal melibatkan pengurusan kewangan syarikat. -Gambar hiasan AI"Jujurnya saya tak kisah pun fasal komisen itu, cuma saya takut kalau perkara buruk berlaku di kemudian hari."Saya tak faham kenapa perlu pindah jumlah besar macam itu melalui akaun peribadi."Nak tegur suami pun tak tahu macam mana, takut dia rasa saya overthinking," luahnya di Threads.Kebimbangan disuarakan wanita tersebut turut disokong netizen yang menyifatkan perbuatan itu mendedahkan suaminya sebagai mangsa keldai akaun atau aktiviti berkaitan penggubahan wang haram (AMLA).ARTIKEL BERKAITAN: Polis Kelantan pantau ‘founder’ kosmetik, usahawan ‘online’ suka longgok duit masa siaran langsung... Disyaki cuci duit!ARTIKEL BERKAITAN: Wanita heret ‘ibu kutu’ naik mahkamah, tuduh larikan RM15,000! Siap syak terlibat aktiviti cuci duit"Saya tak rasa awak overthinking sebab RM200,000 masuk akaun peribadi kemudian dikeluarkan secara tunai dan pulangkan kepada bos? Itu red flag yang serius."Walaupun tanpa komisen, akaun peribadi suami awak sedang digunakan untuk transaksi yang mungkin bukan tanggungjawabnya."Sekejap lagi kalau AMLA panggil, suami yang kena. Kalau urusan kerja, selesaikan melalui akaun syarikat bukan peribadi. Jangan percaya sesiapa kalau bab duit dan akaun," antara komen netizen.Susulan nasihat dan amaran warga maya, wanita itu memaklumkan dia sudah berbincang dengan suami mengenai risiko di sebalik transaksi berkenaan.Isteri bimbang selepas terbaca perbualan suami dengan majikan mengenai pemindahan wang RM200,000 ke akaun peribadi.Suami diarah keluarkan wang tunai itu untuk dipulangkan kepada majikan tanpa komisen.Perkara ini sudah berulang kali berlaku kerana suami sukar menolak permintaan orang.Suami juga pernah menggantikan rakan sekerja lain untuk mengeluarkan wang majikan tersebut.Netizen memberi amaran tindakan itu berisiko menjeratnya sebagai keldai akaun dan disiasat di bawah AMLA.Ringkasan berita ini dijana oleh AIJelasnya, suaminya mula berasa takut selepas membaca reaksi netizen dan mendedahkan perkara itu sebenarnya sudah berulang kali dilakukan sebelum ini."Sebelum ini dah banyak kali dia buat macam ini. Dia fikir bos cuma nak tumpang duit masuk akaun sebab tak sempat nak keluarkan sendiri, jadi dia tolong saja."Staf lain pun ada juga buat benda sama. Suami saya pula jenis susah sangat nak kata tidak bila orang minta tolong."Pernah juga kawan sekerja dia minta tolong keluarkan duit bos itu, mungkin kawan dia pun tak nak ambil risiko jadi dia lepaskan dekat suami saya. Suami saya pun setuju sahaja," katanya.