suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail meninggal dunia

Allahyarham Tan Sri Abdul Gani Patail meninggal dunia pada usia 71 tahun.

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail meninggal dunia pada malam Khamis.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 71 tahun.

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.

"Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 9 malam tadi," ujarnya.

Allahyarham yang berasal dari Lahad Datu, Sabah, merupakan anak jati negeri itu yang pertama dilantik sebagai Peguam Negara.

Allahyarham memulakan kerjaya dalam bidang perundangan pada 1980 sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Sabah sebelum memegang beberapa jawatan kanan di Jabatan Peguam Negara (AGC).

Pengalaman luas dalam bidang perundangan itu kemudian membawa kepada pelantikan Allahyarham sebagai Peguam Negara pada 2002 sehingga 2015. -The Star

Artikel Berikut

Artikel Lain