suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Unity tak berniat caras Alleycats, terlalu minat sampai sambung legasi… tak sangka dapat restu Datuk David Arumugam

BAND muzik Unity menyangkal dakwaan ingin menggantikan Alleycats hanya disebabkan kerap menyanyikan lagu-lagu daripada kumpulan legenda itu.

Difahamkan Unity hanya mahu menghidupkan kembali nostalgia menerusi lagu-lagu popular kumpulan tersebut.

Menurut salah seorang bekas anggota Alleycats, Ah Meng, memberitahu penubuhan Unity pada awal 2025 dibuat atas dasar minat dan ingin menyambung legasi kumpulan Alleycats.

“Unity ditubuhkan atas dasar persahabatan saya dan Ah Meng sudah lama mengenali antara satu sama lain dan pernah bermain muzik bersama sejak 2013.

“Apabila melihat permintaan peminat terhadap lagu-lagu Alleycats, timbul idea untuk melakukan sesuatu dengan membawa konsep tribute kepada kumpulan itu, jadi, kami mengambil keputusan untuk menubuhkan Unity kerana permintaan memang ada dalam kalangan peminat," katanya kepada mStar.

Malah, penubuhan Unity juga turut dimaklumkan kepada Datuk David Arumugam dan mendapat restu juga daripada pengasas kumpulan Alleycats iaitu Shanmugam.

“Kami bukan Alleycats. Kami ialah Unity Kami hanya mahu bermain muzik dan menyampaikan lagu-lagu yang kami minati. Kami tidak berniat mengambil tempat kumpulan asal. Niat kami hanya untuk memberikan penghormatan melalui persembahan tribute.

“Kami juga tidak bercadang mengeluarkan single sendiri atau menghasilkan lagu baharu menggunakan nama Alleycats. Kami hanya mahu menyampaikan lagu-lagu mereka,” luahnya.

Dalam perkembangan lain, Kumpulan Unity bakal mengubat kerinduan peminat terhadap lagu-lagu Alleycats menerusi majlis Makan Malam Amal dan Konsert Kisah Kau dan Aku yang bakal berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang pada 26 Disember ini.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi